Wednesday, November 5, 2008

...

ape pendapat korang klo huda berenti keje..n balik JB jaga mak ayah huda...
tinggalknn sgala bende yg ade kat KL ni...dan takkan jejak KL ni lg..

Saturday, August 9, 2008

Ayat-ayat Cinta

Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara cinta yang rumit
Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud...

---hmm..sedih btol bile dgr lagu ni...

Facing the truth..

ade beberapa jenis panggilan yang selalunya akan dihadapi oleh customer service...

1) CSR : "Terima kasih mghubungi ..... Boleh sy bantu.:)"
Customer : "Hello cik, sy ade masalah tak boleh mengakses internet. Sy dh 1 minggu tak boleh akses internet..."

-------->TRUE call

2) CSR : "Ye Encik..ade ape-ape lagi yg boleh sy bantu?"
Customer : "Hm...sy nk '*****' kt bwh tu boleh..sy nak......"

-------->Panggilan LUCAH..huhu(bodohhhh5x..)

3) CSR : "Boleh berikan no telefon yg connect dgn internet?"
Customer(suara budak) : "0163535256"...
CSR : "Boleh sy tahu siapa yg bercakap?"
Customer(suara budak) : "Sarjan Hassan..Hahahaa..."

--------->PRANK call. ok gak skali skala..bole gelak2

4) CSR : "Terima kasih mghubungi ..... Boleh sy bantu.:)"
Customer : "I want to talk to your manager NOWW!!!"

--------->ANGRY customer. yg ni paling takut gile nak hadap..


-x dinafikan ramai kawan2 dpd sihat walafiat belaka, tetiba dpt mcm2 penyakit. ade sorang kawan tu tetiba pegi check ade darah tinggi..pastu ade gak sesak nafas...yg dpt penyakit stress mmg la byk kot...

Monday, June 16, 2008

It's up to U..

Setiap org ada perjalanan hidupnya masing2..setiap kali kita bertemu dengan orang, kita akan termasuk dalam cerita kehidupan mereka....
Jadi..buatlah yang terbaik untuk kehidupan kita and perjalanan kehidupan orang lain..walaupun sedikit, ia memberi kesan kepada mereka tanpa disedari..

Saturday, May 24, 2008

Helpdesk..

Ini adalah sebuah kisah benar mengenai Microsoft Word Helpline (bantuan > berkenaan Microsoft Word melalui telefon). Seorang pekerja di helpline ini telah diberhentikan. Walau bagaimanapun, pekerja ini telah menyaman Word Perfect atas dakwaan "Memecat Tanpa Sebab". Inilah perbualan telefon pekerja berkenaan yang menyebabkan beliau dipecat:
************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* **

"Ridge Hall computer assistance; boleh saya bantu anda?"
"Ya, err, Saya ada masalah dengan Microsoft Word."
"Masalah bagaimana tu encik?"
"Saya sedang menaip, tiba-tiba semua perkataan tersebut hilang."
"Hilang?"
"Ya, ia hilang."
"Hmm. Macam mana monitor anda kelihatan sekarang?"
"Kosong, tak ada apa-apa."
"Tak ada apa-apa?"
"Blank, ia tak respon apa-apa bila saya menaip."
"Adakah anda masih didalam Microsoft Word, atau anda telah keluar?"
"Macam mana saya nak tau?"
"Bolehkah anda nampak C: prompt pada skrin anda?"
"Apa tu si-perom?"
"Tak apalah, boleh tak anda gerak-gerakkan mouse anda ! di skrin?"
"Cursor pun tak ada: kan saya dah kata ianya tak memberi sebarang respon bila saya taip." "Adakah monitor anda ada power indicator?"
"Monitor tu apa?"
"Ianya adalah sebuah alat yang ada skrin padanya dan ianya berbentuk seperti TV."
"Adakah ianya mempunyai lampu kecil yang menyala bila monitor anda dihidupkan?"
"Saya tak tahu."
"OK, kalau begitu cuba lihat di belakang monitor anda dan cuba cari socket dimana wayar power anda di pasangkan. Boleh nampak tak?"
"Rasa-rasanya. "
"Bagus. Ikut wayar tersebut hingga ke plug, dan adakah ianya dipasangkan pada soket elektrik di dinding anda."
"Yaa, terpasang."
"Masa anda lihat di belakang monitor tadi, perasankah anda ada dua wayar terpasang di belakang monitor anda, bukannya satu?"
"Iya ke?."
"Sebenarnya ada dua. Sekarang saya nak anda pergi balik ke belakang monitor anda dan cari satu lagi wayar tersebut"
"Okay, jumpa dah."
" Cuba ikut wayar tersebut dan beritahu saya samad! a ianya terpasang dengan ketat di belakang computer anda."
"Alamak tak sampai laa."
"Ok... boleh cuba jenguk-jenguk samada ianya terpasang atau tidak?"
"Tak boleh."
"Tak boleh juga ke jika anda cuba panjat apa-apa seperti kerusi dan tengok kat belakang tu?" "Oh, saya tak nampak bukannya sebab angle tak betul, tapi pasal gelap."
"Gelap?"
"Ya. Lampu pejabat ni terpadam dan satu-satunya sumber cahaya yang saya ada adalah dari cahaya tingkap."
"OK, kalau macam tu hidupkanlah lampu pejabat anda."
"Tak boleh."
"Tak boleh? Kenapa?"
"Sebab kat pejabat saya "blackout", tak ada elektrik."
"Blackout... tak ada elektrik? Aha, Okay, kita dah dapat penyelesaiannya sekarang. Anda masih mempunyai kotak, manual dan barang-barang pembungkusan semasa komputer ini dihantar?"
" Ada ... saya simpan kat dalam almari." "Bagus. pergi ambil barang-barang tersebut dan unplug komputer anda. Kemudian bungkuskan sepertimana masa ianya baru-baru sampai dulu. Hantar balik ke kedai dimana anda beli dulu."
"Ehh? Ye ke? Macam tu sekali! punya teruk ke?"
"Iya, rasa-rasanya macam itulah."
"Err... okey lah. Nampaknya saya kena buat macam tu lah. Tapi nak cakap apa dengan pekedai tu?"
"Beritahu mereka anda terlalu bangang untuk memiliki sebuah komputer."

**thanks to imah :)**

Tuesday, April 22, 2008

Hidupku...

hmm...baru hari ni berpeluang nk belek2 internet..sian btul ngn blog sy..x de ape2 update..
sy skg ni rindu sgt dgn kawan2 sy..lama btul x jmpe diorg..klo bleh nk jmpe..tp jadual sy tak tentu..sabtu ahad pn sy bleh keje...

hidup sy btul2 pack...setiap hari pegi keje..pastu balik keje..esok bangun pegi keje balik...
begitulah rutin sy hari2...sy telah menyibukkan diri sy...ingin lupakan keindahan2 silam...kelukaan2 yg terpalit...tp.....semakin sy menyibukkan diri...semakin dtg perasaan tu...sy cube lupakan...sy dh cube berkawan dgn sume org...
tapi knape sy masih hidup dgn luka2 lama...
skg..sy hanya teruskan perjalanan hidup sy...tp sy tak ada arah tuju....impian..??...sy tak de impian...impian sy dh lama lenyap...sy tak terpikir nak buka lembaran baru...pernah juga sy cuba tp...tak dpt bertahan..
kini..kekuatan sy..utk family sy skg ni...sy ingin terus bekerja...dan bekerja....tp x ade impian...
biarlah hidup sy mcm ni...
sy pegang janji2 dulu...
dan sy tumpang gembira utk sume org yg bahagia...

kpd kawan2 yg bakal melangsungkan hari2 bahagia mereka...semoga bahagia...jagalah hati pasangan masing2...ingat...kesetiaan tu amat penting....:)

Sunday, March 16, 2008

Batch_89 a.k.a SS_89

hmm..setelah lama jgkla sy menjadi penganggur yg bleh dikatakan berjaya..akhirnya sy dpt gak keje..hmm..customer service..hehe..best gaklah..sy tak la memilih sgt...tak kisahlah keje ape pn..sy amik je..nnt kang ade org marah klo sy tak keje kan..


"Thank you for calling TM. Huda speaking. How may I assist you?"
"Can I have your username pls?"
"May I know who is on the line?"

hehe..itu la diantara ayat2 yg kene slalu kami ingat..keje sbgai customer service d VADS TTDI setakat ni xde lah stress sgt..sbb sy dpt kwn2 yg best...

selama training ni sy diletakkan dibawh batch yg ke 89...tp kwn2 sy dh namakn kelas kami as SS 89 (Soul Survivor)..hmm not bad..:) SS_89 terdiri dari 21 org lelaki dan 5 org ppuan..hmm..

lepas keje (blaja sume product TM) kitorg lepak...bercerita...buat lawak..hilangkan sume stress...pastu balik tido..then esok bangun pegi keje balik...
sejak keje..sy dpt lebih ramai kwn lelaki dr ppuan..kebanyakannye sebaya adik2 sy....tapi ade gakla umur sebaya sy..
kami slalu balik lewat..dlm pkul 1.30 pg cmtu..kwn sy (Ezrin)yg slalu hantar sy n ju balik..die lelaki..name je ppuan..sume org kata kami ade bodyguard...slalu amik n hantar..lgpn sbb badan die besar sgt...klo tumbuk sekali mesti pengsan trus..haha

hmm..sebut pasal bodyguard...sy teringat sesuatu....dulu...ade sorg kwn yg sgt2 sy syg, janji yg die akan jadi bodyguard sy...dulu die janji die nak belasah klo ade org yg kacau sy, belasah sy...main2 kan saya......tapi...skg...die dh takde..die dh lupe sy...maybe die dh lupe janji2 die even smpi skg sy ttp tunggu die...alamak..sedih la plak..
hmm...sy nak perkenalkan korg kawan2 baru sy...tp korang jgn terperanjat...diorg lain dr yg lain...tapi hati tetap sama..:)





Dari kiri : sy, Fifi, Ida, Ain n Ju





Dari kiri blakang: Reza, Giant, Dave, Ezrin

Dari kiri depan: sy, Fifi, Ain, Ida n Mirul







with Dave...hehe..bodyguard kami jgk..

Tuesday, January 15, 2008

Kita selalu bertanya..

Kita selalu Bertanya....dan Al-Quran sudah menjawabnya. .........



KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan,sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3



KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKUIDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatupadahal ia amat baik bagimu, dan bolehjadi pula kamu menyukai sesuatu, padahalia amat buruk bagimu, Allah mengetahuisedang kamu tidak mengetahui."
- SurahAl-Baqarah ayat 216



KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286



KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139



KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan),dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan)serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya,kamu berjaya (mencapai kemenangan). "



KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah)dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- SurahAl-Baqarah ayat 45



KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
-Surah At-Taubah ayat 111



KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. " - Surah At-Taubah ayat 129



KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

Monday, January 7, 2008

Definition of HEART

Cinta
Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)

Sayang
Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

Suka
Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)

Minat
Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )


Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…