Thursday, December 13, 2007

Request updated..huhu

Apa agaknya khabarmu di sana?
Di sini ku sedang dibelenggu rindu
Beginikah rasa seksa perpisahan
Sungguh anehnya hidup berasingan

Hati terasa bagai tertinggal di situ
Meskipun tubuh dah jauh beribu batu
Sesaat seperti tahun lamanya
Semasa kau tiada
Apa yang terdaya…

Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh

Jauh sekali hidup di sini berbeza
Beribu kali lagi ku selesa di sana
Tak sabar menantikan detik kepulangan
Namun hingga itu
Apa yang termampu…

Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh

Terlintas di fikiran untuk meminggirkan saja
Semua pencarian di sini
Tetapi ini sebahagian dari pengorbanan
Bekalan andainya hari sukar mencabar

2 comments:

MIZ said...

Setiap hari kita menghadap Ilahi
Mengharapkan Kebahagiaan Dihening pagi.
Tatkala terungkai perasaan inginkan sinar Mentari.
Setiap detik untuk diri.
Cahaya terang seolah-olah tidak memungkiri..segala impian yang telah di janji.
Saban menanti kebahagiaan dicari..
Tiba-tiba langit tidak mengerti.
Bertukar wajah mendung sinar menyepi...masih mengharap pada yang kurang pasti..
Hujan lebat datang membasahi..
Kilat sabung-menyabung menguji kendiri..
Rindu,Sedih,Marah menyalahkan mentari..
Persoalkan kenapa,mengapa di uji Ilahi..
Adakah kebahagian yang dicari tidak berseri..sehingga kita lupa sebabnya menyembah bumi..
Detik masa berlalu,tapi masih bertanyakan diri..
Layak benarkah insan ini..

Tapi jawapan dicari masih belum pasti..
Sedangkan mentari saban hari diingati..mengharapkan ia muncul kembali...
Setiap yg dirasai dan di uji..hanyalah satu perjalanan perasaan yang sejati..

Tapi insan yg penuh luka di hati..
Masih belum tersedar akan apa yang menanti..
mengharapkan sinar rindu sang mentari..
sedangkan Ilahi ingin menghadiahkan sebuah pelangi..
cantik berkilauan memancarkan tujuh warna berseri..
Ketika itu insan akan menyendiri..
bersyukur menghadap redha Ilahi..
Segala persoalan terjawab kembali...sedangkan yang dicari pergi menyepi..
tatkala yg menanti indah dan suci..

hudaismail said...

Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini
Biar berputar ke arah selatan ku tak putus harapan
Sedia setia

Relaku mengejarmu seribu batu jauh lagi
Tapi benarkah kaki ku-kan tahan sepanjang jalan ini
Biar membisu burung bersiulan terlelah gelombang lautan
Ku masih setia

Adakah engkau tahu… ini cinta
Adakah engkau pasti… ini untuk selama-lamanya

Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini… yeah…
Biar berputar utara selatan ku tak putus harapan
Sedia setia

Jangan putus harapan… sedia setia……